Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

The Titans Tekad Pertahan Gawang Daripada Dibolosi

  • Published in Sukan

Kuala Terengganu - Pasukan T-Team optimis mempertahankan gawang daripada dibolosi pasukan lawan dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam esok.

Walaupun membawa bekalan satu gol berharga selepas tewas 1-2 pada aksi pertama 1 Okt lalu, pengendalinya Rachmad Darmawan tidak mahu anak-anak buahnya ghairah mencari gol kerana menyedari Selangor berupaya mengecewakan pasukannya. 

Beliau turut mengingatkan anak buahnya agar tidak tertekan untuk mengharungi perlawanan penting itu kerana kekuatan mereka adalah ketika para pemain menikmati sesuatu perlawanan. 

Mengulas mengenai ketiadaan pemain pertahanan Abdoulaye Maiga yang digantung satu perlawanan, beliau berkata pasukannya telah berlatih tanpa Maiga malah ada beberapa perlawanan sebelum ini mereka beraksi tanpanya dan memperoleh kemenangan. 

Jurulatih kelahiran Indonesia itu berkata beberapa pemain akan diturunkan bagi menggantikan tempat Maiga.