Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Kes Doping Angkat Berat, Terpulang Kepada IWF Dan WADA - KJ

Kuala Lumpur - Susulan pengekalan hukuman penggantungan 2 tahun dikenakan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) kepada 2 atletnya berkaitan kes doping.

Bagi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar terpulang kepada Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) dan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) jika ada keperluan menyemak semula hukuman dikenakan kepada atlet berkenaan.

Tidak mahu mengulas panjang mengenai nasib 2 atlet terlibat iaitu Constantine Clement dan Mohd Nasir Roslan tentang hukuman yang dikenakan oleh PABM.

Apa yang penting jelas Khairy hukuman yang dibuat persatuan mestilah mengikut standard yang telah ditetapkan oleh  badan induk antarabangsa tersebut.

PABM sebelum ini  menyatakan tidak akan berganjak dengan penggantungan dua tahun terhadap atlet positif doping.

Pihak Persatuan mendakwa hukuman itu mengikut peraturan Agensi WADA.