Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Kompleks Layar Langkawi Dinaik Taraf Sebelum Sukan SEA 2017 - Khairy

Langkawi - Kementerian Belia dan Sukan akan menaik taraf beberapa kelengkapan sedia ada di Kompleks Perahu Layar Kebangsaan di sini sebagai persediaan untuk menghadapi Sukan SEA 2017, kata Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau, walaupun kemudahan di kompleks itu agak memuaskan namun beberapa perkara perlu ditambah baik.

Kompleks berkenaan sedang digunakan sebagai lokasi Kejohanan Sukan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) 2015 yang akan berlangsung sehingga 4 Januari depan.