Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Kejohanan Kuda Lasak Yang Dipertuan Muda Terengganu Tarik Penyertaan Golongan Muda

  • Published in Sukan

Setiu - Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman adalah antara 17 pemimpin kanan negeri yang mengambil bahagian dalam kejohanan kuda lasak Piala Yang diPertuan Muda Terengganu, yang bermula malam tadi.

Kejohanan tiga hari di International Equestrian Park (TIEP), Lembah Bidong itu turut berjaya menarik penyertaan 50 peserta termasuk golongan muda yang tinggal di kampung.

Berikutan penyertaan yang menggalakkan bagi kejohanan yang kali pertama diadakan itu, Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat berkata ia bakal menjadi acara tahunan.

Katanya kejohanan tersebut akan berlangsung selepas Kejohanan Piala Sultan Mizan supaya tidak bertindih dengan acara sukan berkuda yang lain.