Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Tenis Terbuka Tokyo - Kei Nishikori Tarik Diri AKibat Kekejangan Otot

  • Published in Sukan

Tokyo - Hari kedua Kejohanan Tenis Terbuka Jepun menyaksikan Kei Nishikori  mengecewakan penyokong sendiri apabila terpaksa menarik diri kerana mengalami kekejangan otot. 

Nishikori sedang beraksi menentang pemain Portugal, Joao Sousa pada pusingan kedua apabila tiba-tiba mengalami kejang otot. 

Ketika ini Nishikori sedang mendahului set pertama 4-3. 

Pemain tuan rumah yang menjuarai kejohanan ini pada 2012 dan 2014 sedang memburu gelaran ketiga di tanah airnya sendiri. 

Dalam aksi lain, pemain pilihan ketiga Tomas Berdych turut gagal meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga selepas tumpas 7-6, 6-1 kepada   Gilles Muller dari Luxemborg. 

Pilihan ke empat pula, Marin Cilic menyingkirkan pemain Sepanyol Fernando Verdasco 4-6, 7-5, 7-5 dalam saingan kurang daripada satu jam.