Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Skuasy Terbuka PJ - Tawar Hadiah RM10,000

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Seramai 128 pemain akan menyerikan Kejohanan Skuasy Terbuka Petaling Jaya  2016. 

Kejohanan yang bakal berlangsung pada 15 hingga 22 Oktober ini di Astaka Petaling  Jaya akan dibahagikan kepada empat kategori. 

Kejohanan yang menawarkan hadiah RM10,000 itu akan dibahagikan kepada empat kategori iaitu Lelaki Divisyen Satu, Dua dan Tiga serta Veteran 40 dan 50 tahun ke atas Lelaki dan Wanita. 

Kejohanan mendapat tajaan sepenuhnya daripada Nestle Produk dan Sports Toto. 

Menurut Timbalan Datuk Bandar Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Johary Anuar pihaknya mensasarkan penyertaan lebih ramai kali ini berbanding edisi sebelum ini. 

Bagi menampung keperluan kejohanan yang lebih besar, MBPJ juga sedang dalam rangka menaiktaraf dan meningkatkan prasarana di Astaka Petaling Jaya.