Polo - Khairy Jamaluddin Antara Pemain Disenaraipendek
- Ditulis oleh BeritaRTM
- Published in Sukan
Kuala Lumpur - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar antara pemain yang disenaraipendek oleh Persatuan Polo Diraja Malaysia untuk beraksi di Sukan SEA tahun depan.
Muncul Menteri Kabinet pertama mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa, Khairy menyifatkan ia bukanlah satu kelebihan buat dirinya.
Khairy sebaliknya mahu pemilihan betul betul dibuat berdasarkan merit dan kebolehan seseorang.
Kemampuan pemain akan dinilai menerusi beberapa siri kejohanan antarabangsa sebelum senarai akhir diputuskan.
Antaranya Kejohanan Terbuka Malaysia yang bermula minggu ini diikuti latihan terakhir di Argentina.