Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Datuk Ong Kim Swee Tetap Yakin Dengan Pemain Muda

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Menjelang pertemuan persahabatan kelas A, Harimau Malaysia bertemu Singapura Jumaat ini, Datuk Ong Kim Swee tetap yakin pemain- pemain muda yang diberi kepercayaan mampu mempamerkan  perlawanan berkualiti Jumaat ini walau tanpa beberapa tonggak utama. 

Khairul Fahmi Che Mat yang direhatkan, Ahmad Khuzaimi Piee dan TIGA pemain yang mengalami kecederaan masih meneruskan latihan ringan dan pemulihan di Wisma FAM dan akan kembali menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaysia pada 8 Oktober depan. 

Datuk Ong Kim Swee dan pasukan Harimau Malaysia ditemui di Lapangan Terbang antarabangsa Sepang, KLIA sebelum berlepas ke Singapura.