Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Liga Perdana Inggeris - Liverpool 2 Swansea 1 Dan Chelsea 2 Hull 0

  • Published in Sukan

London - Liverpool dan Chelsea menang perlawanan mereka dalam Liga Perdana Inggeris. Liverpool atasi Swansea 2 - 1 tapi pemain Swansea Leroy Fer pada minit ke-8, menjaringkan gol dahulu apabila dia menolak bola masuk dari jarak dekat di tiang belakang selepas yg menjatuhkan lawan Baston Borja dari satu sudut.

Pemain Liverpol Roberto Firmino menyamakan kedudukan selepas rehat iaitu pada minit ke-54, apabila menanduk masuk hantaran lintang Jordan Henderson.

Sepakan penalti James Milner pada minit ke-84 memberikan Liverpool kemenangan sengit itu.

Manakala Chelsea menang 2 - 0 kalahkan Hull, apabila Willian berjaya meletak bola ke jaring lawan dengan rembatan lencong pada minit ke-61.

Diego Costa mendapat gol kedua untuk Chelsea dengan rembatan kencang yang masuk ke sudut gol Hull pada minit ke-67.

Berikut adalah keputusan perlawanan lain Liga Perdana Inggeris:-

   Sunderland 1  West Brom 1

   Middlesbrough 1  West Ham 1

   Bournemouth 2  Wartford  2