Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Penyokong Lang Merah Teruja Aksi Malam Ini

Kuala LumpurSanggup berkampung dan berbaris panjang semata-mata untuk mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam ini.

Itu yang dilakukan penyokong setia pasukan Kedah, yang akan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Darulaman.

Hampir 500 penyokong Hijau Kuning mula berkampung di Stadium Darulaman, Alor Setar seawal jam 8 MALAM TADI, walaupun kaunter tiket hanya dibuka pukul 9 pagi tadi.

Malah demi semangat untuk menyaksikan sendiri persembahan "Helang Merah", ada di antara mereka sanggup mendirikan khemah dan tidur di atas jalan di perkarangan stadium semata-mata tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan tiket perlawanan.

Ada yang membawa keluarga untuk bersama-sama menanti dengan penuh debar perlawanan yang dijadualkan berlangsung 9 malam ini.

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) baru-baru ini menghadkan kuota tiga tiket untuk seorang pembeli berbanding lima tiket sebelum ini bagi mengelak isu ulat tiket berulang.

Sebanyak 16,500 tiket dijual di empat kaunter yang dibuka.

Kedah menjadi pasukan pilihan untuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2016.