Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Panggil Pulang Pemain Selepas Sehari Berlatih

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Susulan tiga pemain JDT 2 diarah pulang ke kelab selepas sehari menjalani latihan bersama skuad negara.

Tindakan demikian tidak salah, tetapi tidak wajar untuk pemain-pemain lain.

Itu pandangan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJMB) B. Sathianathan.

Skuad kebangsaan kini sedang menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi perlawanan persahabatan bertemu Singapura dan Afghanistan.

Bagi beliau, tindakan tersebut dikhuatiri menimbulkan masalah kepada jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee dalam memantapkan skuad kebangsaan melalui sesi latihan yang telah dirangka.

Tindakan pengurusan JDT 2 itu dibimbangi mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain dan pasukan negeri lain, sekiranya mereka yang dipanggil pulang turut tersenarai bertemu Singapura dan  Afghanistan dengan hanya menjalani latihan 4 hari sebelum perlawanan.

Tiga pemain JDT2 yang dipanggil pulang ialah Mohd. Irfan Fazail, Darren Lok dan Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak.

Malaysia akan berhadapan Singapura dalam perlawanan persahabatan pada 7 Oktober dan Afghanistan empat hari kemudian di Shah Alam.

Ia persedian bagi menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2016 yang akan membuka tirai aksi bagi pada 19 November hingga 17 Disember depan.

Peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membenarkan semua pemain yang dipanggil untuk skuad kebangsaan, wajib melaporkan diri empat hari sebelum perlawanan.