Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Formula 1 2016 : Nico Rosberg Akan Pastikan Pasukannya Raih Juara

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Pemandu Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg, mahu memastikan pasukannya meraih kejuaraan pengeluar untuk kali ketiga berturut-turut dengan memenangi Grand Prix Formula Satu Malaysia, Ahad ini di Litar Antarabangsa Sepang.

Bagi saingan pengeluar, Mercedes mampu meraih kejuaraan di Sepang dengan memastikan mendapat lebih lapan mata daripada pencabar terdekat, Red Bull Racing atau 23 mata daripada pasukan tempat ketiga, Ferrari.

Mercedes kini mendahului dengan 538 mata diikuti Red Bull Racing 316 mata dan Ferrari mengumpul 301 mata.

Rosberg, pelumba kelahiran Jerman telah memenangi tiga perlumbaan terakhir di Belgium, Itali dan Singapura, kini fokus untuk merekodkan satu lagi kemenangan.

Rosberg kini mendahului senarai pelumba dengan 273 mata, di depan rakan sepasukan, Lewis Hamilton, yang mengumpul 265 mata.