Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Piala AFC 2016 : JDT Pilih Laluan Sukar Dalam Misi Ke Final

  • Published in Sukan

Johor Bahru - Juara bertahan, Johor Darul Takzim, JDT memilih laluan sukar dalam misi ke final buat kali kedua selepas terikat 1-1 dengan Bengaluru FC dari India di Larkin, malam tadi.

Babak pertama menyaksikan kedua - dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menghasilkan jaringan.

Juan Martin Lucero hampir meletakkan JDT didepan pada minit ke-27 menerusi tandukan namun berjaya diselamatkan penjaga gol Bengaluru, Amrinder Singh.

Rembatan luar kotak penalti Eugeneson Lyngdoh pada minit ke-29 juga hampir mencemaskan JDT namun Izham Tarmizi tenang menangkap kemas.

Tandukan pereyra Diaz selepas menerima hantaran Safiq Rahim pada minit ke-52 menceriakan penyokong.

Namun ia hanya bertanya 3 minit selepas rembatan Lyngdoh berjaya menewaskan Izham.

Kemasukkan S.Chanturu, Amri Yahyah dan Amirulhadi juga gagal mengubah keputusan aksi separuh akhir pertama.

Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sri Kanteerava, Banglore India pada 19 Oktober depan.