Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Terbuka Netsuite - Datuk Nicol David Mara Ke Suku Akhir

  • Published in Sukan

San Francisco - Pemain nombor tiga dunia Datuk Nicol David mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Netsuite di San Francisco, Amerika Syarikat pada Selasa (awal pagi Rabu waktu Malaysia).

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu yang menyasarkan untuk merangkul gelaran pertama Jelajah PSA Dunia musim ini, menumpaskan Reyna Pacheco daripada Amerika Syarikat 11-3, 11-1 dan 11-3 dalam perlawanan pembukaan pada kejohanan itu yang diadakan dalam gelanggang skuasy kaca boleh alih di South Lawn di Justin Herman Plaza.

Nicol akan bertemu Nour El Tayeb daripada Mesir pada Rabu selepas pemain Mesir itu mengalahkan seorang lagi pemain Malaysia, Low Wee Wern 11-3, 9-11, 11-4 dan 11-1 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama.