Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

RAPID KL Sedia Bas Pengantara Sempena Grand Prix Formula 1

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Rapid KL akan menyediakan bas pengantara ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mulai Jumaat ini sehingga Ahad malam sempena Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia. 

Ketua Pegawai Operasinya Mohd Azam Omar dalam kenyataan hari ini berkata perkhidmatan bas pengantara itu akan mula beroperasi pada pukul 8 pagi dari KL Sentral dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) serta terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

"Perkhidmatan bas dari SIC untuk ke KL Sentral dan KLCC serta KLIA2 bermula dari pukul 4 petang sehingga 7.30 malam pada Jumaat dan Sabtu. 

"Bagi Ahad pula, ia dilanjutkan sehingga 10.30 malam bagi memastikan peminat dapat menonton konsert penyanyi antarabangsa Usher yang berlangsung selepas perlumbaan itu," katanya. 

Tiket bas berharga RM20 untuk perjalanan sehala atau RM35 bagi perjalanan pergi balik dari KLCC dan KL Sentral manakala RM12 dari KLIA2.

Rapid KL juga menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma di sekitar litar untuk memudahkan orang ramai bergerak ke tempat duduk, katanya.