Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Liga Bola Sepak Rakyat Untuk Wanita Mulai Tahun Depan

Kuching - Kejayaan penganjuran Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) akan diperluaskan dengan mengadakan liga khusus untuk wanita mulai tahun depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah berkata penekanan kepada pembangunan perlu sentiasa diberi perhatian selaras dengan kehendak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menetapkan setiap ahli gabungan memberi perhatian kepada bola sepak wanita. 

Lantaran itu, katanya, selain kejohanan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah, LBR untuk wanita akan digunakan untuk mengembangkan penglibatan golongan tersebut. 

Beliau berkata ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penghargaan LBR di sini.