Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Kejohanan Golf Amal Piala Raja Permaisuri Agong Berjaya Kumpul Dana RM1.5 Juta

  • Published in Sukan

Seri Kembangan - Kejohanan Golf Amal Piala Raja Permaisuri Agong berjaya mengumpul dana sebanyak RM1.5 juta untuk disalurkan kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (Y-A-Y-S-H).

Ia diumumkan Timbalan Pengerusi Kejohanan Datuk Abdul Manaf Hashim pada majlis makan malam sempena kejohanan golf tersebut di Seri Kembangan, Selangor.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis makan malam berkenaaan.

Baginda turut memenangi pertandingan itu bagi kategori wanita manakala Hishamuddin Mon bagi kategori lelaki.

Kejohanan yang berlangsung sehari itu bertempat The Mines Resort and Golf Club, disertai 102 peserta terdiri daripada ahli perniagaan dan orang kenamaan.

Kejohanan anjuran YAYSH itu diilhamkan Raja Permaisuri Agong bagi mengumpul dana untuk kegiatan YAYSH selain membantu pembangunan sukan golf.