Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

JDT Rangkul Piala Juara Liga Super 2016

  • Published in Sukan

Johor Baharu - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Liga Super untuktahun 2016 dan mereka mencipta kejuaraan hatrik Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin semalam dengan kalahkan pasukan T-Team, 5-1.

Sebelum perlawanan bermula, penyokong tuan rumah sudah pun memulakan keraian dengan melakukan alunan ombak ala 'Mexican Wave' bagi meriahkan suasana sebagai tanda menyambut kejayaan luar biasa itu.

Trofi Liga Super yang dimenangi Johor Darul Ta'zim (JDT) diarak ke sekitar Johor Bahru selepas kejayaan kemenangan itu. 

Majlis penyerahan Piala Liga Super di sempurnakan oleh Setiausaha Agong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Presiden JDT, Tunku Puteri Tun Aminah Sultan Ibrahim.