Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

400 Orang Sertai Kayuhan Patriotik Langkawi

Langkawi - Seramai 400 peserta terdiri daripada pelbagai kaum menyertai Kayuhan Patriotik Fun Ride 2016 sejauh 20 kilometer sempena Hari Kebangsaan di sini hari ini. 

Presiden Kelab Gerek Taman Wawasan Indah (TWI) Langkawi, Jefry Ramli berkata kayuhan Langkawi merupakan lokasi terakhir kayuhan itu di seluruh negara sejak diadakan Ogos lepas.

Pelepasan peserta kayuhan itu dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli yang turut mengambil bahagian dalam acara itu. 

Katanya sebanyak 14 lokasi diadakan di seluruh negara dan kayuhan ini merupakan anjuran Biro Tatanegara (BTN) dengan kerjasama LADA, Pejabat Daerah Langkawi dan kelab Gerek TWI Langkawi.

Turut menyertai kayuhan itu ialah Pegawai Daerah Langkawi, Ishak Murat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan.

Kayuhan itu bermula di hadapan Pejabat Daerah Langkawi melalui pekan Kuah dan Ayer Hangat sebelum berpatah balik ke tempat permulaan.