Thursday, June 21, 2018
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Jun 21, 2018

250 Orang Dijangka Sertai Kayuhan Keamanan Taiping Ahad Ini

  • Published in Sukan

Taiping - Kira-kira 250 orang dijangka menyertai Kayuhan Keamanan Taiping hujung minggu ini di Dataran Keamanan Taiping di sini sempena Hari Keamanan Sedunia.

Program itu, yang bertema 'Taiping, Aman dan Bersih', dianjurkan bersama oleh Persatuan Pelancongan Taiping dan Majlis Perbandaran Taiping bermula 7.30 pagi. 

Pengerusi Penganjur Abdul Halim Yahaya dalam kenyataan berkata pemilihan bandar itu bagi program kali kelima itu amat tepat dan bersesuaian dengan nama Taiping yang bermaksud 'Aman Selama-Lamanya' (Everlasting Peace).

Menurutnya program kayuhan membabitkan jarak di antara dua hingga 22 kilometer (km) terbuka kepada semua dengan bayaran RM30 bagi dewasa dan RM25 pelajar sekolah.