Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

Piala AFC - JSW Bengaluru Muncul Kelab India Pertama Mara Ke Separuh Akhir

  • Published in Sukan

Singapura - JSW Bengaluru muncul kelab India pertama berjaya mara ke separuh akhir kejohanan selepas berjaya mengikat tuan rumah, Tampines Rovers tanpa jaringan di laman sendiri. 

Tampines Rover melayan kunjungan JSW Bengaluru dalam suku akhir kedua selepas mencatat kemenangan 1-0 di suku akhir pertama. 

Tampines perlu mencari sekurangnya dua jaringan untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir. 

Namun, Bengaluru hampir  menjaringkan gol tetapi Tampines bernasib baik apabila percubaan Eugeneson Lyndgoh sedikit sahaja tersasar. 

Kehadiran bekas pemain sayap Liverpool, Jermaine Pennant masih gagal mengubah nasib Tampines Rovers. 

Tampines Rover terus berusaha menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri bagi mencari gol kemenangan. 

Sebaliknya, Bengaluru kemas mempertahankan kelebihan satu gol hingga tamat perlawanan. 

Kedudukan ini sudah cukup untuk mengesahkan kemaraan Bengaluru ke separuh akhir mengecewakan Tampines Rovers. 

JSW Bengaluru dijadual bertemu juara bertahan, JDT di dua pusingan separuh akhir. 

Pusingan pertama separuh akhir akan berlangsung di Johor Bharu pada 28 September ini.