Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Harimau Malaysia - Lima Muka Baharu Dipanggil

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Lima muka baharu dipanggil oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi menjalani latihan pusat menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa  Harimau Malaysia bulan depan. 

Mereka adalah antara 25 pemain yang disenarai menyertai kem pusat mulai Selasa ini. 

Muka baharu tersebut ialah Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri dari Perak, Muhammad Hadin Azman (Felda United), Ahmad Khuzaimi Piee (Melaka)  Mohd Rizal Mohd Ghazali dan Mohd Syazwan Zainon (Kedah). 

Mereka menggantikan empat pemain yang digugurkan iaitu Brendan Gan, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohammad Amer Saidin dan Khair Muhammad Jefri Jones. 

Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaysia menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa "A" bertemu Singapura di Stadium Nasional, pada 7 Oktober dan Afghanistan di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober. 

20 pemain lain dikekalkan daripada skuad yang tewas kepada Indonesia di Solo sebelum ini.