Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Malaysia Mungkin Kehilangan Skuad Badminton Pada Sukan SEA Kuala Lumpur

Kuala Lumpur - Menjelang Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, Malaysia kemungkinan akan "kehilangan" skuad badminton utama negara kerana pertembungan tarikh dengan Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland. 

Ini termasuk  Datuk Lee Chong Wei. 

Selain Chong Wei,  beberapa pemain lain seperti beregu lelaki dan beregu campuran negara, dijangka  turut mengambil langkah sama menyertai Kejohanan Dunia itu. 

Sukan Sea yang bermula pada 19 hingga 31 Ogos, bertembung dengan Kejohanan Dunia di Glasgow, yang  bermula pada 21 hingga 27 Ogos. 

Selain badminton, kontijen negara juga bakal berdepan kemungkinan kehilangan khidmat Pandelela Rinong,  yang dijangka layak ke Sukan Universiti Dunia di Taiwan, yang turut bertembung dengan tarikh Sukan SEA Kuala Lumpur.