Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Khairy Rai Kepulangan Atlet Paralimpik

Kuala Lumpur - Esok adalah hari yang dinanti-nantikan apabila kontinjen Paralimpik negara,  yang meraih 3 pingat emas dan 1 gangsa di Rio, akan tiba di tanahair. 

Dan 'Sambutan luar biasa akan diadakan untuk atlet luar biasa' bermula dari KLIA dan berakhir di Pusat Kecemerlangan paralimpik di Kampung Pandan. 

Bagi memeriahkan lagi  sambutan,  Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar,  menjemput  orang ramai berhimpun di Kompleks Bunga Raya, KLIA, bermula pukul 2 petang. 

Dari KLIA,  kontinjen paralimpik Rio akan dibawa bertemu orang ramai di Kuala Lumpur. 

Konvoi atlet  dijangka tiba di Jalan Tun Razak sekitar pukul 5.30 petang. 

Kemudian, mereka akan menaiki bas bumbung terbuka menuju ke KLCC melalui Jalan Ampang, seterusnya berhenti seketika di pintu masuk Dewan Filharmonik Petronas sebelum menuju ke Pusat beli belah Pavilion, di Jalan Bukit Bintang.   

Konvoi akan melalui Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan dan berhenti sekali lagi di pancutan air berhadapan pintu utama Pavilion. 

Mereka seterusnya akan bergerak ke perhentian terakhir, di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik, Kampung Pandan. 

Di sana akan berlangsung kenduri kesyukuran, meraikan kejayaan  meraih 3 pingat emas dan satu gangsa.