Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

JDT Ke Separuh Akhir Piala AFC, Tewaskan South China Dengan Agregat 3-2

Johor Bharu - Juara bertahan Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim mara ke separuh akhir selepas mengalahkan South China FC 2-1 pada perlawanan suku akhir kedua Piala AFC 2016 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, dekat sini, malam tadi. 

Pasukan kendalian Mario Gomez itu menang dengan agregat 3-2 selepas perlawanan suku akhir pertama menentang kelab itu yang menyaksikan mereka seri 1-1 di Stadium Mongkok, Hong Kong, pada 13 Sept lalu. 

Skuad Harimau Selatan itu memperolehi gol pertama lewat perlawanan pada minit ke-57, hasil jaringan Juan Martin Lucero yang menyempurnakan tendangan Azammuddin Akil dari pintu kanan gawang. 

Gol kedua disumbangkan oleh Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-87 yang menanduk masuk ke pintu gol hasil tendangan sudut Safiq Rahim.