Saturday, December 16, 2017
vital-top
updated 2:39 PM UTC, Dec 16, 2017

Bola Sepak AFF Bawah 19 Tahun - Skuad Negara Gagal Meneruskan Saingan

  • Published in Sukan

Hanoi - Skuad negara gagal meneruskan saingan ke peringkat separuh akhir apabila tumpas 1- 3 kepada tuan rumah Vietnam pada perlawanan akhir Kumpulan A di Hanoi malam tadi. 

Dalam aksi yang berlangsung di  Padang YFTC Hanoi ini, Malaysia yang hanya ketinggalan satu mata dibelakang Vietnam mula tertekan apabila tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan minit ke 13 menerusi Ho Minh Di. 

Mendahului satu kosong hingga ke hujung permainan, Vietnam kemudian menggandakan kedudukan apabila tandukan Doan Van Hau gagal disekat penjaga gawang Malaysia minit ke 80. 

Malaysia bangkit merapatkan kedudukan pada minit kedua masa tambahan  dengan Muhammad Jafri menyudahkan hantaran Suwarna Chinniah. 

Namun Vietnam sekali lagi menghukum pertahanan Malaysia apabila Nguyen Tien Linh menjaringkan gol ketiga seminit sebelum wisel penamat berbunyi untuk meraikan kejayaan selaku juara kumpulan A. 

Menyertai Vietnam ke separuh akhir ialah Timor Leste selepas menewaskan Singapura 2-0.