Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Nicol Kembali Pamer Aksi Cemerlang

  • Published in Sukan

Mesir - Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol David kembali mempamer aksi cemerlang untuk  merampas kedudukan pemain nombor satu dunia selepas layak ke suku akhir Kejohanan Terbuka Al-Ahram di Kaherah, Mesir. 

Nicol yang sebelum ini berstatus pemain nombor tiga dunia menewaskan pemenang pusingan kelayakan, Fiona Moverley dari England, pada pusingan pertama. 

Beliau hanya memerlukan 28 minit untuk menang 11-8, 11-7 dan 11-9. 

Menantinya di suku akhir pada Rabu, seorang lagi pemain England, Sarah-Jane Perry.