Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

Tottenham Tewaskan Sunderland 1-0

  • Published in Sukan

Tottenham Hotspur bangkit daripada kekecewaan di pentas Eropah selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Sunderland. 

Pada aksi di White Hart Lane itu, gol tunggal perlawanan dijaringkan penyerang England, Harry Kane pada minit ke 59, selepas bijak memanfaatkan kesilapan pelawat. 

Kemenangan itu sekali gus meletakkan Spurs di tangga ketiga liga di belakang pendahulu, Manchester City dan Everton selepas mengumpul 11 mata daripada lima perlawanan.