Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Watford Tundukkan Manchester United 3-1

  • Published in Sukan

England - Watford menambah kesengsaraan Jose Mourinho apabila pengendali itu terpaksa menerima kekalahan ketiga berturut-turut pasukannya selepas apabila Manchester United tunduk 1-3 di Vicarage Road .

Manchester United dikejutkan dengan jaringan pendahuluan pemain Watford, Etienne Capoue pada minit ke-34. 

Di babak kedua, Marcus Rashford yang beraksi buat pertama kali dibawah kendalian Maurinho, menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-62. 

Namun Watford terus memberi tekanan kepada anak buah Maurinho, apabila pemain gantian, Juan Camilo Zuniga, mengembalikan kelebihan pasukan tersebut ketika perlawanan berbaki tujuh minit  untuk Watford mendahului 2-1. 

Pada masa kecederaan,  tuan rumah dihadiahkan penalti, dan Troy Deeney tdiak mensia-siakannya, sekaligus menegsahkan kemenangan 3-1 untuk Watford. 

Ia kekalahan ketiga berturut-turut buat Mourinho yang kali terakhir dicatatkan ketika mengendali Porto pada tahun 2002.