Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:44 PM UTC, Jun 23, 2018

Kejohanan Liga Premier Hoki Malaysia (MHL) TNB 2016 - KLHC Tundukkan UnikL 4-1

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Kelab Hoki Kuala Lumpur KLHC mara ke separuh akhir selepas mengalahkan  Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 4-1 dalam aksi suku akhir di Stadium hoki  Lembah Pantai. 

Sebaik perlawanan dimulakan ke dua -dua pasukan mempamerkan aksi pantas  saling berbalas serangan dengan menyaksikan beberapa percubaan bahaya. 

Berselang 10 minit berlangsung jentera tengah UniKL tampak seakan longlai. 

Pada minit ke 14 KLHC membuka tirai jaringan  menerusi pukulan sudut penalti  oleh Muhammad Umar Bhutta. 

Namun 10 minit kemudian, UnikL berjaya menyamakan kedudukan  satu sama  menerusi Daragh James Walsh berpunca dari pukulan sudut penalti.    

Bersambung babak kedua KLHC terus mengganas apabila berjaya meledak 3  lagi gol. 

Gol padang Harvinder Singh, Mohammad Haziq Samsul dan Pedro Lopez  Alonso memastikan KLHC mara ke separuh akhir selepas menundukkan UniKL  4-1.