Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Liga Perdana Inggeris - Liverpool Kalahkan Chelsea 2 - 1

  • Published in Sukan

London - Tendangan yang hebat dari Jordan Henderson membantu Liverpool mendapatkan kemenangan selesa 2-1 di Chelsea.

Liverpool mendominasi pertemuan dan mendahului 2-0 selepas Dejan Lovren yang tidak dikawal berjaya menjaringkan gol pembukaan dan Henderson hantar bola bengkok ke penjuru gol dari jarak 30 meter untuk meletakkan pelawat mendahului pada babak pertama.

Chelsea bangkit selepas rehat apabila Diego Costa jaringkan gol dari jarak dekat selepas 61 minit. Selepas itu, pertahanan pasukan Liverpool dapat menyekat kemaraan pemain Chelsea.