Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Sukan Paralimpik Rio - Hasrat Jong Yee Khie Raih Pingat Tidak Kesampaian

  • Published in Sukan

Brazil - Dalam Sukan Paralimpik Rio acara Powerlifting kategori 97 kilogram, lelaki, hasrat Jong Yee Khie untuk meraih pingat tidak kesampaian.
    
Yee Khie hanya mampu berpuas hati pada kedudukan ke tujuh selepas berjaya mengangkat beban seberat 202 kilogram dalam percubaan pertamanya.

Dalam percubaan kedua, Yee Khie, 27 tahun meningkatkan jumlah berat beban kepada 210 kilogram namun tidak berjaya mengangkatnya dengan kemas.

Dalam percubaan terakhir, Yee Khie menambah berat beban kepada 213 kilogram namun sekali lagi tidak berhasil.

Pingat emas dimenangi atlet dari Mesir, Mohamed Eldib yang berjaya mengangkat 237 kilogram sekali gus mencipta rekod Sukan Paralimpik.

Sementara pingat perak milik Qi Dong dari China dengan 233 kilogram dan gangsa menjadi milik Jose de Jesus Castillo dari Mexico dengan 229 kilogram.