Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Siti Noor Iasah Duduki Tempat Keempat Dalam Acara 400M Wanita T20

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin, 26, meraih tempat keempat dalam acara 400M wanita T20 (masalah pembelajaran), awal pagi tadi.

Catatan masa 58.55 saat sudah cukup untuk mencipta rekod baharu Sukan Para Asia yang dilakukan di Sukan Para Asia di Incheon pada tahun 2014.

Pingat emas dimenangi oleh Breanna Clark dari Amerika Syarikat, perak, Natalia Ieslovetska dari Ukraine dan pingat gangsa dimenangi oleh Barbara Niewiedzial dari Poland.

Pelari Poland itu membuat kontroversi apabila beliau merebahkan badannya di garisan penamat.

Malaysia membuat bantahan namun ditolak penganjur dan mengekalkan gangsa kepada Niewiedzial.