Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Semua Pemain Badminton Terima Insentif

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Semua pemain badminton yang beraksi di Sukan Olimpik Rio terus mendapat penghargaan.

Terbaharu syarikat gergasi telekomunikasi, Celcom Axiata meraikan kejayaan mereka serta menyampaikan insentif atas kejayaan membawa pulang tiga pingat perak.
   
Mendahului senarai penerima ialah pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei diikuti pasangan beregu lelaki Goh V Shen dan Tan Wee Kiong, beregu campuran Chan Peng Soon, Goh liu Yin,
.
Masing masing menerima wang tunai berjumlah 20 ribu ringgit.

Manakala Tee jing Yi, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei masing-masng menerima insentif tunai 10 ribu ringgit.

Selain itu mereka turut menerima insentif  dalam bentuk kredit panggilan percuma bernilai 10 ribu ringgit.

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusinya Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Sumbangan insentif di sampaikan oleh isteri Perdana Menteri yang juga Penaung BAM Datin  Paduka Seri Rosmah Mansor di Ibu negara.

Syarikat CELCOM Axiata adalah rakan penaja Persatuan Badminton Malaysia BAM sejak tiga tahun lepas.