Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Paralimpik Rio - Mohamad Ridzuan Tempat Keempat Acara Lompat Jauh

Brazil - Pemenang emas pertama negara dalam acara 100 meter, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang turun untuk memburu pingat keduanya bagi acara lompat jauh kategori T36 (Cerebral Palsy) tidak kesampaian.

Beliau sekadar menamatkan saingan di tempat keempat.

Mohamad Ridzuan yang meraih pingat emas dalam acara 100 meter T36 kelmarin, hanya berupaya mencatat jarak lompatan 5.36m dalam saingan akhir.

Pingat emas acara tersebut menjadi milik Brayden Davidson dari Australia dengan jarak lompatan 5.62m menewaskan wakil tuan rumah, Rodrigo Parreira da Silva dengan catatan 5.62m ketika percubaan kedua, manakala pingat gangsa milik Roman Pavlyk dari Ukraine dengan jarak 5.61m.