Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

Liga Perdana Inggeris - Man. City 2 Man. Utd 1 Dan Liverpool 4 Leicester 1

  • Published in Sukan

London - Dua gol pada waktu separuh masa pertama, yang pertama dari Kevin de Bruyne padaminit ke-15 dan kedua dari Kelechi Iheanacho padaminit ke-36 memastikan kemenangan Manchester City 2 - 1 ke atas Manchester United di Old Trafford.

Zlatan Ibrahimovic menjaringkan gol bagi Manchester United pada minit ke-42 melalui sepakan percuma.

Manakala Liverpool mudah menewaskan Leicester 4 - 1 dalam perlawanan mereka.

The Reds mengawal permainan apabila Roberto Firmino dan Sadio Mane berjaya memjaringkan gol pada babak pertama.

Leicester balas balik satu gol melalui Jamie Vardy pada minit ke-38.

Walau bagaimanapun, Adam Lallana memastikan kemenangan Liverpool pada minit ke-56 dan Firmino mendapat gol keduanya pada lewat minit ke-89.

Berikut ada keputusan lain Liga Perdana Inggeris:-

   Arsenal 2  Southampton  1

  Bournemouth  1  West Brom  0

 Crystal Palace 2   Middlesbrough  1

 Tottenham  4  Stoke  0