Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 3:56 PM UTC, May 20, 2018

Tenis Terbuka Amerika Syarikat - Djokovic Kalahkan Gael Monfils Untuk Ke Final

  • Published in Sukan

New York - Juara bertahan, Novak Djokovic menewaskan Gael Monfils untuk mara ke final Terbuka Amerika Syarikat ketujuh.

Pemain Serbia itu menewaskan pilihan ke-10 Perancis, Monfils 6-3 6-2 3-6 6-2 dan akan berdepan Stan Wawrinka atau Kei Nishikori dalam perlawanan akhir.

Pemain nombor satu dunia, Djokovic akan cuba untuk memenangi Terbuka Amerika Syarikat ketiga dan 13 gelaran Grand Slam pada hari Ahad ini.