Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Basikal - Jelajah Britain , Julie Vermote Kekalkan Kedudukan Teratas

  • Published in Sukan

Pada Jelajah Britain, pelumba Belgium, Julien Vermote masih berjaya mengekalkan kedudukan pendahulu walaupun pelumba New Zealand, Jack Bauer berjaya memenangi peringkat kelima.

Perlumbaan peringkat kelima ini memerlukan pelumba mengharung saingan sejauh 194 kilometer dari Aberdare ke bath yang juga merupakan laluan kedua terpanjang Tour Of Britain. 

Cuaca baik mengiringi para pelumba menyaksi empat pelumba melakukan attack awal selepas 25 kilometer. 

Pelumba NFTO, Jonathan Mc Evoy beraksi mantap menguasai ketiga-tiga pendakian untuk memungut 18 mata untuk berada di kedudukan keempat perebutan jersi raja bukit. 

Sementara, pelumba Wanty-Groupe Gobert turut mengumpul mata untuk kekal di kedudukan atas. 

Saingan peringkat kelima turut menyaksikan beberapa kemalangan berlaku antaranya melibatkan pelumba SKY, Danny Van Poppel dan Rick Zabel namun masih berjaya menamatkan saingan. 

Beberapa kilometer menuju penamat, pelumbaa BMC, Amael Moinard melancarkan dua attack tetapi berjaya dineutralkan. 

Di pecutan terakhir, Jack Bauer lebih bijak menghidu peluang untuk pantas ke hadapan hanya beberapa saat mengatasi peloton untuk melintasi garisan penamat selaku juara peringkat. 

Bauer mencatat masa empat jam 45 minit 25 saat. 

Namun, pelumba Eticc-Quick Step, Julien Vermote masih menguasai kedudukan keseluruhan dengan kelebihan masa 23 jam tujuh minit 29 saat. 

Pelumba Dimension Data, Stephen Cummings kedua hanya enam saat di belakang dan pelumba Sky, Ben swift ketiga.##