Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Penyelewengan Tiket Olimpik Rio Terus Disiasat

  • Published in Sukan

Brazil - Walaupun temasya Olimpik Rio telah melabuhkan tirainya pada 21 Ogos lalu namun  Brazil terus menjadi tumpuan dunia. 

Terbaharu, pihak polis menyiasat dakwaan penyelewengan penjualan tiket dan meminta presiden IOC, Thomas Bach menjelaskan mengapa jualan tiket untuk Ireland tinggi berbanding jumlah yang diperuntukkan. 

Dakwaan timbul apabila majlis olimpik Ireland, OCI menerima 296 tiket tambahan daripada OIC. 

Sebelum ini, ahli majlis tertinggi OIC dan juga presiden OCI, Patrick Hickey 71 tahun, didakwa atas kesalahan bersubahat, dan  penipuan penjualan tiket ketika berlangsungnya temasya olimpik. 

Hasil penyiasatan, pegawai penyiasat Aloysio Falcoa berjaya mengesan satu text pesanan bertarikh Julai 2015, daripada Hickey ke Bach yang meminta penambahan peruntukkan tiket untuk upacara perasmian dan penutup temasya termasuk juga bagi acara bolasepak, bola jaring dan final 100 meter. 

Antara individu lain yang turut disiasat adalah pengarah sukan OCI, Martin Burke. 

Dalam pada itu, Bach tidak menghadirkan diri ketika upacara perasmian temasya paralimpik. 

Pihak polis Brazil masih gagal mendapat kenyataan daripada Bach. 

Beliau dikatakan berada di jerman untuk menghadiri majlis penghormatan bekas presiden Jerman Barat, Walter Scheel yang meninggal dunia bulan lalu. 

Hickey antara 10 individu yang ditahan polis untuk membantu siasatan termasuk pengarah sukan THG, Kevin James Mallon. 

Kedua-duanya dibebaskan tetapi perlu berada di Brazil untuk memudahkan pihak polis  melakukan siasatan susulan. 

Penyelewengan ini dikatakan akan membawa keuntungan secara haram berjumlah tiga juta ringgit.