Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Tenis Terbuka Amerika Syarikat - Andy Murray Gagal Ke Separuh Akhir

  • Published in Sukan

Pilihan kedua kejohanan, Andy Murray dikejutkan dengan kekalahan ke atas pemain Jepun, Kei Nishikori dalam aksi suku akhir, hari ini. 

Perlawanan membabitkan Nishikori dan Murray berlangsung hampir empat jam menyaksikan pertembungan sengit kedua-dua pemain yang saling berbalas serangan. 

Bagaimanpun, Murray sedikit terganggu dengan bunyi bsing sistem pembesar suara sehingga menjejaskan rentak permianannya. 

Nishikori menang 1-6, 4-4, 4-6, 6-1, 7-7. 

Separuh akhir nanti, pemain Jepun itu bakal membuat perhitungan ke pentas akhir berdepan sama ada juara dua kali grand slam Stan Wawrinka atau juara 2009, Juan Martin del Potro. 

Sementara itu dalam aksi wanita, pemain Republik Czech Karolina Pliskova sahkan slot separuh akhir selepas menyigkirkan pemain muda Croatia Ana Konjuh. 

Pliskova menang straight set 6-2, 6-2 dan berkemungkinan akan berdepan pemain ranking nombor satu dunia Serena Williams, selepas ini.