Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Kembalilah Demi Negara - Datuk Ong Kim Swee

  • Published in Sukan

Sepang - Kembalilah demi negara.... 

Demikian luahan Ketua Jurulatih Kebangsaan Datuk Ong Kim Swee yang ditujukan kepada empat pemain senior Harimau Malaysia yang telah mengumumkan persaraan mereka Julai lalu. 

Jelasnya ketiadaan 4 tonggak utama negara Safiq Rahim, S.Kunalan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Amirul Hadi Zainal memberi kesan apabila diaibkan Indonesia 3-0 di Manahan, Solo Indonesia selasa  lalu. 

Tambahnya rombakan besar-besaran terpaksa dilakukan dengan menampilkan 14 muka baru yang masih mencari keserasian untuk beraksi di peringkat antarabangsa. 

Selepas ini beliau akan menumpukan perhatian perlawanan persahabatan menentang Singapura pada  7 oktober , Afghanistan pada 11 Oktober dan seterusnya saingan Piala Suzuki AFF hujung tahun ini. 

Datuk Ong Kim Swee ditemui sebaik tiba bersama pasukannya tiba di KLIA .