Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Ragbi - Skuad Terengganu Sedia Beri Saingan Piala Agong

  • Published in Sukan

Terengganu - Persatuan Ragbi Negeri Terengganu, PRNT optimis masih mampu muncul antara pasukan digeruni pada saingan 

Piala Agong musim ini biarpun kehilangan empat tonggak utama. 

Mereka kini menyertai kem kebangsaan sebagai persiapan menghadapai sukan SEA 2017 seleian beberapa pemain pulang ke pangkuan negeri masing masing. 

Jelas Naib Yang Dipertua PRNT Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahad yang turut menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus Pasukan, pasukannya akan diperkuatkan oleh  empat pemain impot dari Fiji serta beberapa pemain baharu yang sebelum ini mewakili pasukan lain. 

Di atas kertas Terengganu yang menjadi pasukan pilihan dalam kumpulan B, bersama Selangor dan Perlis dijadual mengharungi perlawanan pertama menentang Perlis di Padang B, Universiti Putra Malaysia, Serdang  Sabtu ini. 

Che Mohd Zulkarnain ditemui selepas menjadi tetamu khas bersama jurulatih Pasukan Ragbi Terengganu Syamsuri Ab. Talib dalam rancangan sukan terbaharu  Wisel'  terbitan Terengganu fm. 

Beliau turut mengakui faktor kewangan serta penajaan memberi kesan terhadap persiapan PRNT untuk membentuk pasukan yang lebih mantap  musim ini. 

Pada saingan tahun lepas, Terengganu berada dikedudukan ketiga dan muncul naib juara pada 2014.