Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Sukan SEA 2017 - MOM Cadang Wujudkan Suruhanjaya Penyelarasan

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Satu Suruhanjaya Penyelarasan perlu diwujudkan bagi membantu Jawatankuasa Induk menjayakan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur tahun depan. 

Perkara ini dicadangkan oleh Majlis Olimpik Malaysia MOM dalam mesyaurat Jawatankuasa Ekskutifnya semalam. 

Menurut Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar tujuan penubuhan Suruhanjaya Penyelarasan itu bagi memudahkan beberapa urusan termasuk penyampaian maklumat dan pemantauan persiapan. 

Ia bukannya satu campur tangan dalam urusan Sekretariat Kuala Lumpur 2017. 

Tambahnya penubuhan Suruhanjaya tersebut masih lagi dalam peringkat  cadangan dan akan diputuskan dalam masa terdekat. 

Beliau bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan masyuarat tersebut  yang  berlangsung hampir 3 jam di Ibu Negara.