Wednesday, December 13, 2017
vital-top
updated 8:55 AM UTC, Dec 13, 2017

Kejohanan Skuasy University Dunia - Chee Wern Yuen Ke Separuh Akhir

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Pemain lelaki negara Chee Wern Yuen berjaya menempah slot ke separuh akhir. 

Pemain ranking 52 dunia itu menundukkan pemain Hong Kong Ho Wai Yeung straight set pada suku akhir. 

Terdahulu hasrat seorang lagi pemain negara Muhammad Addeen Idrakie ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tunduk set pertama, 11-3 ketika bertemu pemain pilihan pertama dari  Hong Kong TSZ Fung Yip. 

Set kedua pemain berusia berusia 22  ini cuba bangkit . 

Namun gagal menggugat pemain Hong Kong itu dengan kemenangan  13-11. 

Set ketiga Addeen terus lesu dan tewas 11-6. 

Aksi seterusnya Wern Yuen menentang Ho Wai Yeung juga dari Hong Kong. 

Yuen tidak berdepan masalah untuk menang straight game 11-7,11-2 dan 11-8. 

Tugas berat menantinya di separuh akhir apabila dijadualkan bertemu pemain pilihan ke 2 dari Great Britain Joshua Masters.