Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Harap Super KIP Hadiahkan Sesuatu Buat Peminat - Datuk Razlan Razali

Kuala Lumpur - Menjelang perlumbaan Moto GP Shell Malaysia bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang SIC, Datuk Razlan Razali berharap agar pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi atau Super KIP mampu menghadiahkan sesuatu buat peminat tempatan.

Sekaligus mengulangi kejayaannya menjuarai GP Jerman Julai lalu.

Misinya mahu mendengar lagu Negaraku berkumandang buat pertama kalinya di Litar Antarabangsa Sepang selepas Litar Sachsenring,Jerman.

Datuk Razlan yakin , Khairul Idham mampu menjadikan rekod cemerlang di German  sebagai azimat untuk menyengat di laman sendiri.

Untuk rekod Super KIP yang beraksi bersama pasukan Honda Team Asia turut menduduki podium pada GP Argentina April lalu.

Datuk Razlan ditemui di ibu negara selepas Majlis Pelancaran Kejohanan Moto GP Shell Malaysia yang dijadualkan pada 28 hingga 30 Oktober.

Ia adalah lokasi kedua terakhir daripada 18 pusingan di bawah kalendar Persekutuan Motorsikal Antarabangsa, FIM bagi musim 2016.

Selain itu SIC juga berharap kontrak penganjuran kejohanan itu akan dilanjutkan selepas tempohnya tamat hujung tahun ini yang memasuki usia penganjuran ke 26 tahun di Sepang.