Sunday, January 21, 2018
vital-top
updated 1:09 AM UTC, Jan 21, 2018

Sukan SEA KL : Milo Penaja Perak

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Minuman berkhasiat terkenal, MILO, diumumkan sebagai penaja kedua bagi menjayakan Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para ASEAN, yang dijadual berlangsung 19 hingga 31 Ogos tahun depan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Milo tampil sebagai Penaja Perak dengan jumlah penajaan bernilai hampir RM8 juta.

RM700 ribu dalam bentuk wang tunai, RM500 ribu dalam bentuk produk dan RM6 juta untuk promosi dan program pemasaran Kuala Lumpur 2017.

Khairy ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Kerjasama di antara Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Pengurus Eksekutif Perniagaan MILO, Philomena Tan di Menara KBS, Putrajaya.

Setakat ini, hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai telah berjaya diterima daripada penajaan pelbagai syarikat.