Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

15,000 Penyertaan Diterima Bagi Fit Malaysia Di Rembau 2016

  • Published in Sukan

Rembau - 15,000 penyertaan diterima bagi program Fit Malaysia Peringkat Negeri Sembilan 2016 sekali gus mencipta rekod penyertaan paling ramai pada tahun ini.  

Menteri Belia dan Sukan - Khairy Jamaluddin optimis dengan objektif untuk mewujudkan negara bersukan sebelum tahun 2020 akan tercapai dengan penyertaan dan kehadiran peserta yang sangat menggalakkan.

Banyak lagi negeri yang belum dijelajahi Fit Malaysia dan program ini dijangka akan diteruskan lagi pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Fit Malaysia peringkat Negeri Sembilan 2016 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan di Dataran Rembau.

Dalam pada itu, Khairy turut mengumumkan pembukaan Kompleks Belia dan Sukan Rembau yang akan mula dibina pada November ini.

Kompleks yang dibina di atas kawasan seluas 6.07 hektar di hadapan Taman KSNS, Rembau itu melibatkan kos  RM27 juta.

Ia akan dilengkapi kemudahan seperti padang sintetik, balapan, dewan yang boleh memuatkan enam gelanggang badminton atau 1,500 orang, dua gelanggang futsal, dua gelanggang takraw, sebuah gelanggang bola keranjang dan sebuah gelanggang bola jaring.

Projek tersebut yang dijangka siapa sebelum akhir 2018, bakal menjadi satu projek sukan yang ikonik di kawasan Rembau.