Bahrain Kalahkan Skuad B-22 Negara 2 - 1 Dalam Perlawanan Persahabatan
- Ditulis oleh BeritaRTM
- Published in Sukan
Shah Alam - Pasukan Bahrain mengalahkan skuad bawah 22 (B-22) negara 2 - 1 dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kedua-dua pasukan tidak dapat menghasilkan sebarang jaringan pada babak pertama.
Pasukan Bahrain mendahului kedudukan selepas Hazza Ali berjaya mendapatkan gol pada minit ke-53.
Seminit kemudian, pemain gantian S. Kumaahran berjaya menjaringkan gol dan mengikat kedudukan. Pada minit ke-90, Hazza Ali berjaya jaringkan gollagi melalui penalti.