Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

20,000 Dijangka Sertai Fit Malaysia Di Rembau, Ahad Ini

  • Published in Sukan

Seremban - Seramai 20,000 orang dijangka menyertai program Fit Malaysia peringkat Negeri Sembilan 2016 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan di Dataran Rembau, Ahad ini.

Pengarah Belia dan Sukan negeri Azura Sarbin dalam kenyataan berkata objektif utama program berkenaan ialah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di seluruh negara berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan. 

Aktiviti utama program itu ialah acara larian (FM Run) dengan jarak sejauh 5km dan 10km (santai), berbasikal (FM Ride) sejauh 10km dan 30km (santai) serta aktiviti kecergasan fizikal seperti zumba, 'stick 2 stix', 'fit ball' dan 'line dance'.

Program itu dijangka akan dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.