Tuesday, January 16, 2018
vital-top
updated 1:07 PM UTC, Jan 16, 2018

Nafiizwan Berjaya Ke Final Kelayakan Skuasy Terbuka China

  • Published in Sukan

Shanghai - Juara kebangsaan sukan skuasy, Mohd Nafiizwan Adnan berjaya ke peringkat akhir kelayakan kejohanan skuasy Terbuka China selepa kalahkan rakan senegara, Ivan Yuen untuk menurut laman web,www.psaworldtour.com.


Beliau yang berpangkalan di Manchester itu menang 6-11, 12-10, 11-5, 8-11, 11-3 ke atas Ivan, untuk menempah pertemuan dengan Cesar Salazar dari Mexico.

Salazar kalahkan seorang lagi pemain Malaysia, Valentino Bong 11-6, 11-4, 11-4 dalam satu lagi perlawanan pusingan pertama kelayakan kategori lelaki.